Wednesday, 26 June 2013

End of Tamhidi

Assalamualaikum w.b.t.
Kaifa imaanukum al-yaum?
Fuhh... bajet pak arab cakap arab.
Apo nok dikato, belajar di sini memang kena belajar Bahasa Arab. Maklumlah, banyak foreign students dari middle east. Hehe.

Sebelum ni saya dah post kehidupan saya sebagai pelajar tamhidi semester 1. Jadi, kali ini saya ingin menceritakan kisah saya sepanjang belajar di semester 2. Ringkas aje.

Alhamdulillah prestasi pembelajaran saya di tamhidi meningkat semasa semester 2. Mungkin kerana saya sudah nampak dan tahu cara-cara untuk tackle soalan kuiz dan peperiksaan. Hehe.

Syllabus semester 2 sama sahaja seperti semester 1 bagi tamhidi perubatan, cuma PQS digantikan dengan ICT. ICT is awesome !

Skop pembelajaran semasa semester 2 lebih menumpukan kepada assignments yang melibatkan presentation, hampir semua subjek. Bukan hampir, tapi SEMUA. Ya, hidup kami memang 'teratur'.


Walau apapun, saya enjoy kerana perkara sebegini melatih cara untuk kita bercakap di hadapan ramai orang. Respon daripada penonton juga amat memberangsangkan. Yang paling saya tidak percaya, saya telah berjaya melaksanakan debat dan lakonan dalam bahasa arab. Can you believe this??!!




tajuk debat : Bahasa Arab itu mudah - kami pembangkang *so bahasa arab tu susah la kan?

Sebenarnya banyak yang saya nak ceritakan tapi, saya tak mampu nak taip banyak-banyak. Jadi, kita telah sampai ke penghujungnya. Hehe. *jangan marahh

Nasihat saya, uruskan hidup kita sebagai seorang pelajar dengan tertib. Bersosial itu paling penting kerana kawan-kawanlah pengganti ibu ayah di sini. 

Sekiranya anda mempunyai soalan, bolehlah bertanya di ruangan komen di sini ya.



Dinner Tamhidi of Medicine

sesi temuduga kemasukan ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM.
Alhamdulillah, sahabat-sahabat serumah semuanya layak menghadiri temuduga
Oh ya, keputusan UPU kami belum diumumkan lagi. Sekiranya saya dan sahabat-sahabat melepasi markah temuduga, maka kami akan berjaya melanjutkan pelajaran ke FPSK.

Sejujurnya, saya amat merindui sahabat-sahabat bumi waqafan. Merekalah medium yang Allah sediakan untuk saya bagi mencari sumber kekuatan dalam meneruskan dakwah islamiyyah. 
Semoga Allah merahmati persaudaraan kita.

Mustaid ! Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad !

My journey:

USIM - Tamhidi Perubatan (Part 1)

Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri (MBBS)
Tahun 1 Medic
Tahun 2 Medic
Tahun 3 Medic



5 comments:

wan syafiqa said...

Salam.nk tnya.kalau ada yg ditendang usim sbb x lpas pointer bleh smbg blik ke??yg kn buang slalu mcmmna?

musnet.blogspot said...

Wassalam. Biasanya kalu x lepas pointer utk sambung medic, dia akan bagi kos lain. Takde yg kena buang. Tapi ada je yg keluar dr usim utk buat medic di U lain. - Farwah

nur zarifah said...

Salam alaiki Kak, alhamdulillah.saya tamhidian 15/16. Masih baru lagi.he he.. Saya dberi arhn kena presentation. Dlm group. Utk Arab. Sedih Sgt sbb arab dah berkarat ni. Mm. Akak ad cadagn tak mcam mana nak handle presentation yg menarik n dpt pointer yg tggi utk akhir dua2 sem? Org ad ckap selalunya sem 1, budak2 ni masih leka, homesick. Takut pulakk..saya amik sc n tech. Mcm mna

musnet.blogspot said...

Wassalam. Hmm kalau ktorg dulu, ktorg buat slide cantik2, selit kan gambar2, interact dgn audience selalu. Tapi kte pun kena la happy kan waktu present tu. Nampak excited sikit hehe. Alhamdulillah audience pun respon. Masa sem 1 dulu, pointer akak xde la tinggi sangat tp lepas la 3.5 sebab masa tu akak tak berapa serius huhu. Sem 2 mmg naik la pointer akak. Mungkin akak selalu discuss ngan kawan2, buat latihan, tutorial tu penting! Kalau tak paham je terus tanya cikgu. Awak nak amik medic ke? Kalau ya, yg penting awak kena band 4 muet. - farwah

Anonymous said...

Assalamualaikum, betul ke sem2 tamhidi perubatan pqs diganti dgn ict??